LAMA

April 20, 2009

Agak lama aku meninggalkan dunia blog… bz dengan kerjaya… outstation sehingga terlupa mempunyai blog… tapi yang pasti Neerza tidak ku lupakan… ya… masih seperti dulu… dia yang sukar di ramal… walaupun tidak dinafikan kami ada keluar bersama tetapi ianya memang berakhir pada hari itu saja… tidak mengapa… masih puas…

Aku akan menanti… akan ku kuatkan semangat untuk meluahkan hasratku…Neerza…………
Setelah itu ku fikir baru dapat memberi orang lain untuk hatiku….

HOW GIRLS THINK

November 21, 2008

Sebenarnya sangat la susah untuk memahami perempuan. Tambah tambah adik aku. Dia perempuan. Baru 23tahun. Dah grad kerja kontact dengan sektor kerajaan. Entah apa dia gediks kan sangat teringin kawin dah. Padahal bf dia tu tua…duda… ooo dasyat.. aku rasa dia leh cari yang lebih baik. Ish ish…

Lepas tu aku pun tak paham asal la dia leh hangin je dengan ayah aku. Pelik betul. Bagi aku banyak yang dia kena berubah dulu baru dia leh pikir pasal nak kawin. Susah susah camni. Keras kepala satu hal la.

Sebab tu la aku rasa agak aman bila tengah berjauhan dan duduk luar beroutstation. Duduk sendiri dan menikmati kehidupan secara tenang. Secara dasarnya memang semacam tenang tetapi aku rasakan macam ada yang tak kena. Cepat la kerja abis, tak sabar rasanya hendak bertema dengan mu, Neerza….

KELUAR

November 9, 2008

Sebenarnya aku dah lama menyimpan hasrat untuk duduk sendiri menyewa diluar. Berbanding duduk bersama family menyukarkan aku dalam beberapa perkara. Walaupun duduk menyewa semacam membazir tapi sebenarnya lebih private jika dapat duduk sendiri.

Tapi aku masih tidak tahu macam mana nak mengayat ayah aku untuk duduk sendiri. Kekadang macam kesian pun ada jika aku duduk luar. Aku memang agak memainkan peranan penting dirumah. Takde la bosan duduk luar tetapi kekadang bila duduk dirumah sendiri lebih mudah. Apa nak buat, nak tido kul berapa, bangun kul berapa, nak invite sesiapa semua dalam tangan aku.

Selama ni dah cukup lama aku duduk menyewa sendiri tetapi sejak tamat belajar dan bekerja aku kembali duduk bersama family. Satu yang menyukarkan tapi dah hampir 8bulan aku duduk dengan family aku. Ohhh aku rasa dah tiba masanye aku perlukan freedom sebenar.

Kuatkan semangat.. or bersabar lagi untuk beberapa tahun… mula nak pk kawin je…huh..

LAMA

November 8, 2008

Agak lama juga aku tidak update. Banyak keluar outstation. Kena pula internet di Hotel sangat mahal harganya. Selama kerja di syarikat sekarang ni, aku masih tidak berminat untuk bekerja di tempat lain walaupun ditawarkan dengan gaji yang lebih tinggi.

Cukupla dengan bergaji around 3k sebulan tanpa perlu aku keluar awal pagi menempuh jem. Then tiada tekanan dari boss, rakan sekerja yang memahami lagi suportive dan agak banyak outstation. Semua ini membuatkan hidup aku relax dan berlalu pantas.

Yang penting kehidupan malam aku berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti. Selain futsal dan melepak boleh juga kadang kadang berdating. Yang pasti dating la dengan sesiapa dan seramai mana, hatiku hanya ingatkan dia… Neerza… She’s the one…

MARI BERGEMBIRA

October 22, 2008

Mencari sesuatu dengan cara yang betul atau yang salah. Walaupun kegembiraan itu hanya seketika tetapi seperti suatu kenikmatan. Kadang kala bila aku merancangan sesuatu yang nakal, sebelum aku dapat lakukan, aku pasti akan dapat kecelakaan terlebih dahulu dan membuatkan perancangan itu terbatal. Satu hikmah satu kesyukuran sebenarnya.

Oleh itu aku tengah cuba memperbaiki kecelakaan itu agar perancangan yang telah ku rancang berjalan lancar. Tapi sebenarnye dalam masa yang sama aku juga takut untuk melalukan perancangan itu. Dosa Besar. Huh..

BIARKAN

October 20, 2008

Aku rasa terasa amat jauh dengan Neerza sekarang ini. Mungkin dia sengaja menjauhkan dirinya. Aku tahu aku memang ego. Sengaja bagitahu aku berkawan dengan perempuan lain. Tapi dia juga ada ramai yang mengejar. Dia jauh. Aku juga perlu bersosial dengan kawan lain.

Sekarang aku biarkan saja. Mengikut arus yang bakal terjadi. Hanya ku harapkan aku tidak tersilap langkah. Moga semuanya terkawal dan masih didalam genggaman aku. Dah 20 hari raya, aku masih tidak ketemu akan Neerza.

Musykil aku, sesocial aku melepak dan bersukaria dengan awek lain, Neerza gak dalam ingatan. Aku hanya perlukan penganti Neerza. Mungkin semuanya boleh berakhir.

SELAMAT HARI RAYA

September 26, 2008

Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir dan batin. Jika aku tidak dapat berbuka dan bersahur bersama Neerza kini aku hanya harapkan dapat jumpa dengan dia semasa cuti raya ni. Dapat raya bersama dah cukup best. Sangat merindui.

Sesungguhnya kawan kawan aku adalah yang terbaik. Sangat berterima kasih.

DEKAT

September 21, 2008

Sebenarnya minggu ini aku agak dekat dengan Neerza. Ya aku berada di satu negeri bersamanya. Sesungguhnya semakin dekat semakin rindu akan dirinya. Tapi apakan daya walaupun dekat aku tidak berjaya untuk berjumpa denganya walaupun seketika. Agak sedih tetapi dapat mendengar suara Neerza yang ceria itu membuatkan rindu ini terubat.

Hari ini aku hanya mahu merinduimu………

TERUBAT

September 12, 2008

Akhirnya terubat juga rindu. Aku sms dan call juga Neerza akhirnya. Ya Neerza seperti biasa. Sangat peramah dan menghiburkan aku. Mungkin dengan orang lain juga dia begitu. Aku tak kisah janji rindu aku terubat. Serius rasa sangat bahagia. Walaupun mungkin Neerza bukan milikku tapi mungkin cukup la jika menjadi kawanku.

Aku sangat happy. Harap harap dapat bertemu dengan Neerza semasa raya nanti.

MIMPI

September 7, 2008

Aku merasakan beberapa hari ini seakan menyeronokkan. Hari hari berpuasa amat membahagiakan. Berbuka bersama keluarga dan berterawih. Semuanya berjalan lancar dan tenang.

Aku rasa aku sangat rindu akan Neerza. Sangat rindu. Setiap hari seakan ingatkan Neerza tetapi sangat ego untuk call mahupun sms. Takkan tetiba nak sms tanpa sebab. Maybe esok aku akan cari sebab dan bertanya sesuatu. Itu pun jika berbalas. Hampir sebulan tidak dengar akan suara dan raut wajahnya. Aku rindu dan aku ingin sekali bermimpi tentang mu.

Moga moga malam ini aku akan bermimpi tentang mu wahai Neerza ku…