LAMA

November 8, 2008

Agak lama juga aku tidak update. Banyak keluar outstation. Kena pula internet di Hotel sangat mahal harganya. Selama kerja di syarikat sekarang ni, aku masih tidak berminat untuk bekerja di tempat lain walaupun ditawarkan dengan gaji yang lebih tinggi.

Cukupla dengan bergaji around 3k sebulan tanpa perlu aku keluar awal pagi menempuh jem. Then tiada tekanan dari boss, rakan sekerja yang memahami lagi suportive dan agak banyak outstation. Semua ini membuatkan hidup aku relax dan berlalu pantas.

Yang penting kehidupan malam aku berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti. Selain futsal dan melepak boleh juga kadang kadang berdating. Yang pasti dating la dengan sesiapa dan seramai mana, hatiku hanya ingatkan dia… Neerza… She’s the one…

Leave a comment